jom exchange link

Saturday, January 1, 2011

Jangan jadi Seperti Katak dibawah Mangkuk Kaca!


asssalamualaikum w.w.b.
Dah bersawang rupanya blog ni. Almaklumlah tuannya tak sempat nak menjenguk.  

Ok. Ada satu pepatah Melayu yang sangat terkenal. Seperti katak di bawah tempurung. Siapa yang tahu maksud pepatah ni sila angkat tangan dan jawab dengan segera. Hadiah menarik menanti anda ($_$) ~ wink-wink. Pakej bercuti ke Semenanjung Sinai! 3 hari 2 malam. Perbelanjaan di tanggung sendiri. hehehe...

Berbalik kepada kisah peribahasa di atas, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa maksud peribahasa ini ialah seseorang yang tidak mengetahui apa yang terjadi disekelilingnya. Iyalah, sudah kerjanya duduk terperap sahaja di bawah tempurung yang gelap gelita, manalah nak tahu perkembangan dunia luar

Tapi sekarang ni, peribahasa ini sudah diubah suai sedikit sesuai dengan perkembangan dunia hari ini yang moden lagi maju. Agak-agaknyalahkan, macam mana bunyi yang versi moden punya?

Seperti Katak dibawah Mangkuk Kaca! 

Maknanya seseorang tu tahu segala perkara yang terjadi disekitarnya tetapi sayang seribu kali sayang, dia tidak mahu melibatkan diri dengan alam sekeliling. Lebih rela menjadi pemerhati daripada menjadi penggerak. 
hohoho...konon-konon dunia di hujung jari, maka segala macam maklumat sudah pasti dapat diakses terus daripada laptop. Moden sungguh katak zaman sekarang! 

Tapi katak sebegini sebenarnya tidak tahu bahawa dunia luar adalah jauh lebih hebat daripada dunia ciptaannya yang terbatas oleh dinding mangkuk kaca. Amatlah rugi untuk terus menjadi kelompok seperti katak moden ini. Banyak lagi perkara baru yang boleh dipelajari dan dialami di luar sana. 

Oleh itu, marilah kita sama-sama keluar dari penjara mangkuk kaca ciptaan kita sendiri di musim cuti musim sejuk akan datang dengan menjelajah ke tempat-tempat menarik yang ada di sekitar kita. hehehe...Waktu tu exam mid-sems pun dah habis. Jadi apakata kita rehatkan minda dan tubuh badan kita dengan menyusuri ketamadunan pertama peradaban dunia disamping membajai ketaqwaan dengan bukti-bukti kebesaran Illahi. Jom! Pakat daftar le tour de Sinai 2011!!

***maafkan saya andai ada terguris hati, tersentap jantung dengan perumpaan katak diatas. Sekadar menggunakan sepenuhnya pepatah Melayu yang terkenal seantero dunia sebagai penyedap karangan =)

***terlupa bahawa semalam adalah 2010 dan hari ini ialah 2011. Selamat tahun baru masihi!

Related Posts with Thumbnails