jom exchange link

Friday, November 19, 2010

Panas! Panas! Mansurah hangat lagi!!!

Assalamualaikum w.w.b...

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan hari raya aidil adha peringkat cawangan Mansurah dengan berlangsungnya majlis yang julung-julung kali diadakan iaitu program MAWAR'10. Wah! nak bermawar-mawar la pulak. Tapi apa bendanya Mawar'10 tu? Ia adalah singkatan daripada majlis adha dan walimatul urus. Serius sangat meriah ditambah pula dengan lokasi yang diadakan di dewan baru PCM yang serius sangat besar ok.

Masih belum terlambat untuk saya titipkan ucapan tahniah khas buat kak husna dan zaim. Selamat menempuh alam baru dan semoga kekal hingga ke syurga! Insyaallah. Rasanya ramai yang ternanti-nanti bilakah pula akan diadakan program Mawar kali kedua. Tunggu dan lihat!

Pengantin bersama ajk MAWAR'10

 sedang menyedut aura pengantin baru sampai terpusing tag ajk kaler biru tu...hehehe...

Ok. Itu kisah MAWAR`10. Sekarang masuk bab panas mansurah pula.Baru saja selesai mendengar manifesto pilihanraya daripada calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya cawangan tidak lama lagi. Alhamdulillah semuanya bernas dan banyak memberikan kebaikan kepada ahli. 
Buat semua yang bakal mengundi, buatlah pilihan  yang terbaik, jangan ikut kata hati, tapi ikutlah kata akal dalam membuat keputusan kerana akal itu dipacu oleh iman. 

Antara 3K dan 3V, mana satu pilihan anda? 
Saya pilih 3K ok!
Apa itu 3K? maka tekan link ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

apapun segala keputusan  adalah milik Allah. Segalanya telah ditetapkan olehNYA. 

Related Posts with Thumbnails