jom exchange link

Saturday, October 2, 2010

edisi conteng-conteng : sekali lagi!

Assalamualaikum w.w.b...

Alhamdulillah masih lagi berada di rumah :)... Masih lagi membilang hari sebelum kembali kepada sebuah kehidupan yang wajib dilalui oleh setiap yang bergelar pelajar. Sehingga hari ini sudah hampir sebulan berada dirumah. ( Kuliah di mesir sudah pun bermula sebenarnya ) Tempoh keberadaan dirumah kalau dihitung-hitung hanya berbaki dalam 2 minggu sahaja. Walaupun cuti ini singkat sahaja, tapi cuba untuk dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Tak mahu ada masa yang terbazir dan terbiar begitu sahaja.

Secara keseluruhannya, majoriti masa yang ada dihabiskan bersama-sama dengan adik-adik dirumah. Melawat saudara-mara yang sudah lama tak ditemui dan bertemu kawan-kawan sekolah.Menziarahi pusara arwah To'ki, Tok Ayah dan juga Tok Mek.  Sempat juga menyinggah di bandar Kota Bharu yang sudah agak banyak perubahannya. Makin pesat dan makin maju nampaknya.

2 tahun sebenarnya bukan satu tempoh masa yang lama. Kalau dikira dalam tempoh itu, sudah bermacam-macam perubahan yang berlaku. Samaada kepada diri sendiri, keluarga dan juga persekitaran disekeliling. Adik-adik yang dulunya kecil kini sudah besar. Abang yang sulung dan sepupu-sepupu yang lain juga semakin matang. Ada yang sudah bertunang siang tadi, dan ada yang bakal bertunang bulan 12 ni. Pendek kata semuanya sudah berubah menjadi insan yang baharu. Jadi, adakah saya turut berubah? Adakah lebih baik atau masih ditakuk yang lama?

Maka, kian hari rasanya otak ini sudah mula menunjukkan ciri-ciri untuk berkarat. Ini sudah tidak boleh jadi. Mudah saja penyelesaiannya iaitu samaada membaca , menulis ataupun berfikir. Ketiga-tiga aktiviti ini sudah mampu meransang otak untuk terus berfungsi dan mengelakkannya daripada membeku. TING!!! Idea yang sangat bernas.  Dan fakta yang paling penting untuk diketahui ialah, tugas otak bukan sekadar untuk berfikir!

Related Posts with Thumbnails