jom exchange link

Sunday, September 19, 2010

sekadar singgah...

Assalamualaikum w.w.b...


Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan semesta alam di atas segala rahmat dan kurniaannya. 
Segala puji bagi Allah s.w.t di atas setiap nikmat yang diberikan semenjak nafas mula terhembus. 
Hari ini saya terkesan sebaik sahaja membaca blog seorang sahabat di Mansurah. Siapa yang tak kenal Cik Siti Marosadee bolehlah keblog beliau disini .Tiba-tiba rasa cemburu itu datang. Dia berada di bumi tarbiah ketika ini. Di kentalkan hati dengan pengisian-pengisian yang mendekatkan lagi jiwa pada yang maha berkuasa di atas segala-galanya. Sedang saya di rumah, tercari-cari pengubat yang boleh meredakan rasa gundah dihati. Rasanya mahu saja terbang kembali ke sana.  


La Tahzan. Ungkapan yang begitu mudah untuk dilafazkan. Namun untuk menghayatinya, saya sendiri tidak mampu untuk berkata walau sepatahpun. Saya hanya mahu baca sahaja di blog cik siti. Seolah-olah apa yang ditulisnya itu menggambarkan apa yang saya rasa sekarang.


********** kali ini nikmat pendengaran pula yang ditarik sedikit.
sebelah telinga membengkak dan tidak dapat mendengar dengan baik.
semoga dibei kesembuhan oleh allah. insyaallah.

Related Posts with Thumbnails