jom exchange link

Thursday, September 23, 2010

Dan ya, saya memang takutkan doktor!!

Assalamualaikum w.w.b...

Dahulu semasa kecil, saya cukup tidak suka melihat orang menulis sesuatu kisah hidupnya dalam sebuah buku yang dikenali sebagai diari. Rasanya ketika itu, diari yang terdapat dipasaran memang menarik. Dengan reka bentuk yang unik, corak bunga-bunga dan perada yang bersinar pada kulitnya ditambah pula dengan sebiji mangga kecil yang berbentuk hati, membuatkan saya teringin untuk turut sama memilikinya. Bukan digunakan sebagai diari tetapi sebagai buku biodata. Nak buat kenang-kenangan kononnya.

Dan sampailah sekarang saya memang tidak suka menulis diari. Tetapi saya suka menulis di blog. Ada bezanya isi kandungan yang dicatit di diari dan di blog. Diari adalah milik peribadi kita sepenuhnya. Hanya kita sendiri yang tahu apa yang ada didalamnya, tak kiralah kisah gembira, duka , tawa atau perkara yang memalukan. Manakala coretan di blog pula lebih bersifat umum, lebih kepada perkongsian mengenai kehidupan seharian dan ia juga boleh menjadi satu medium untuk meluaskan lagi skop persahabatan di alam maya. Kadang-kadang, perasaan yang kecewa boleh terubat bila ada yang memberi nasihat yang ihklas di blog. Walaupun tak nampak di mata kasar, tapi masih terkesan di hati.

Memandangkan blog saya ni lebih tertumpu kepada perkongsian, maka dengan suka hatinya saya mahulah berkongsi mengenai kisah seorang budak medik yang takutkan hospital dan doktor.

Al-kisahnya disebuah negeri, ada seorang budak medik yang baru sahaja pulang kekampung selepas 2 tahun belajar di negeri orang. Nak dijadikan cerita, Allah telah tarik sedikit nikmat kesihatannnya. Maka menderitalah si budak itu dengan penyakit gatal-gatal telinga dan bengkak. Semuanya gara-gara makan ketupat sotong dan masak lemak ketam. Maka dekat seminggu jugalah, si budak itu tak boleh nak mengunyah dan menelan makanan pejal. Apa yang mampu ditelan cuma nasi air sahaja. Hari pertama, memang berselera dia menghabiskan bermangkuk-mangkuk nasi air. Tapi bila sudah masuk hari ketiga dan keseterusnya, dah hilang selera makannya. Maka apa yang dimakan cumalah roti kosong dan air suam sahaja, itupun mengenangkan tidak mahu perut kosong ketika makan ubat nanti.

Puas sudah disuruh kehospital untuk berjumpa dengan doktor. Namun si budak yang degil itu tidak mahu pergi. Kononnya malas mahu beratur panjang di kaunter pesakit luar, malas menunggu lama sebelum dipanggil untuk menerima rawatan dan malas menunggu giliran untuk mengambil ubat di kaunter farmasi. Padahalnya, bidak yang degil itu memang takutkan doktor. Takut dicucuk dengan jarum. Macam-macam ragam sungguhlah budak itu. Namanya pelajar medik. Akhirnya akan jadi doktor. Tapi bila diri sendiri yang sakit, tidak mahu ke hospital kerana takutkan doktor. Maka, tahanlah sakit tu dengan ubat yang dibeli dari 2 buah klinik selepas sakitnya sudah tidak mampu ditahan.

Kata saya : macam-macam sungguhlah budak zaman sekarang nie....Dan ya, saya memang takutkan doktor!!

Related Posts with Thumbnails