jom exchange link

Thursday, September 23, 2010

assalamualaikum w.w.b...

Mula-mulanya nak minta maaf kepada sesiapa yang sering membaca blog nie ( wah!!! gaya dah macam ada hard die fan la pulak). Sebenarnya nak minta maaf kepada semua yang sudi singgah, baca dan  follow blog picisan ni. Tambahan pula dalam situasi saya sekarang ni yang susah nak dapatkan capaian internet.
Broadband tak ada, tapi nasib baiklah boleh guna internet dengan menggunakan telefon bimbit, GPRS, bluetooth dan juga laptop. Maka dapatlah saya guna internet walaupun agak slow.

Ok. Sekarang masa untuk positifkan diri. Sekadar perkongsian daripada buku Laluan ke-2 nukilan HM Tuah Iskandar.

Laluan kedua untuk ke puncak adalah laluan yang pernah dilalui oleh ramai orang. Highway adalah jalan mudah dan cepat untuk berjaya, tetapi jalan biasa juga adalah jalan yang boleh diambil untuk sampai ke puncak kejayaan. Jika terhalang untuk melalui highway, jalan biasa sebagai jalan alternatif sentiasa ada. Ia mungkin menyebabkan kita lambat sampai.Ia mungkin menyebabkan kita lambat sampai tetapi mereka yang berada di highway juga tidak terkecuali daripada ditimpa musibah. Mungkin mereka sampai lebih awal tetapi perjalanan anda yang lebih perlahan menyebabkan anda lebih berpengetahuan luas, luas pandangan lantas mampu menghimpun lebih banyak pengalaman.

Tidak kira bagaimana orang  menilai anda semasa hidup, yang penting kesudahannya. Tidak kira bagaimana anda memulakan gerak ketika mula-mula berlari, yang penting anda sampai ke penghujungnya. Pelumba yang berada dihadapan sentiasa menjadi perhatian tetapi pelumba yang berjaya melepasi garisan penghabisan itulah dia si pemenang.

Kegagalan  seharusnya dilihat sebagai satu tiket untuk lebih berjaya.  Sebagaimana masalah sentiasa membuka peluang  untuk lebih maju kehadapan. Macam mana? Dengan kegagalan itulah anda tidak akan mengulang kesalahan yang sama , maka itulah petanda kejayaan yang lebih besar apabila berjaya nanti.

Jika anda tersenyum setelah gagal, anda sukar mencari laluan lain untuk berjaya. Tetapi jika anda menderita dihati setelah gagal, anda ada harapan untuk   muncul sebagai orang yang berbeza dikemudian hari.

Tiada istilah pandai pada orang yang sanggup belajar sebab setiap langkah yang mereka orak untuk memandaikan diri sebenarnya telah meletakkan diri mereka selangkah lebih pandai daripada orang yang langsung tidak mahu belajar

Akhir kalam, kegagalan didunia ini apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kegagalan di akhirat kelak

Related Posts with Thumbnails