jom exchange link

Friday, August 27, 2010

pesan pada hati.


pesan pada hati, bersabarlah.

pesan pada jiwa, bertenanglah
Al_Jalalah_hati.gif image by mafiano4041

pesan pada aqal, berfikirlah dengan waras

ujian itu intinya kesusahan

ujian itu kulitnya kepayahan

ujian itu ramuannya kepedihan

maka 

pesan pada lidah, berzikirlah

pesan pada mulut bertahmidlah

pesan pada anggota, bersujudlah

kerana

kejayaan itu intinya redha pada Ilahi

kejayaan itu kulitnya syukur pada yang Satu

kejayaan itu ramuannya tawakal pada yang Esa



*********************************************************
assalamualaikum w.w.b...

salam ramadan.

salam nuzul quran. Bukan semata-mata bergembira kerana hari nuzul quran adalah cuti umum, tetapi gembira dengan adanya Al-quran yang menjadi pengangan dan pedoman kita sebagai umat Islam akhir zaman ini.

 Jangan biarkan al-quran itu berhabuk di atas almari.

Terhias cantik sebagai perhiasan.

Tetapi tidak terselak walaupun satu lembaran.

Alangkah ruginya jika kita tidak berpegang dengannya.

Al-quran itulah ayat-ayat cinta dari Tuhan untuk hambanya.

Maka resahlah hati yang tidak disuburkan dengan alunan kasih dari sang pencipta.


*******************************************************************

Related Posts with Thumbnails