jom exchange link

Tuesday, August 24, 2010

Malaysia kini...apa nak jadi daa...

assalamualaikum w.w.b...

Anda gemar membaca akhbar? Tahniah, anda memang seorang yang peka dengan isu semasa negara kita terutamanya Malaysia. 2 tahun setengah di padang pasir, capaian berita secara online sangat mudah didapati memandangkan kelajuaan internet yang agak mantop disini. Teringat kata-kata mentor SC saya ketika berada di tahun satu dahulu. Sepatutnya yang harus kita semua baca pagi-pagi bukannya akhbar, tetapi al-quran.  Teorinya mudah sahaja, dengan membaca al-quran di awal hari, jiwa akan menjadi lebih tenang dan diberkati hari tersebut. Sebaliknya jika kita mulakan hari dengan membaca laporan akhbar mengenai kes bunuh, buang anak, rogol, rompak dan samun segalanya, macam manalah kita nak tenang? Makin kusut, serabut , bimbang dan takut adalah. Memang benar, selama 2 tahun setengah itu jugalah, makin membukit rasa takut dan bimbang dengan keadaan Malaysia terutamanya selepas membaca laporan di akhbar. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar masalah. Semua ada di Malaysia. Apa orang kata? Macam-macam ada! 

Apa yang kita ada? Kisah perebutan kuasa dan kematian ahli politik. Perkara ni dah lama, sejak sebelum dari zaman kemerdekaan lagi. Politik yang bermacam-macam ragamnya. Politik yang dijunjung melebihi tuhan dan aqidah kerana gilakan harta dan pangkat dunia. Inilah wajah negara kita. Oh...terlupa. Ini isu sensitif dan panas. Nanti tak pasal-pasal kena ISA. Dekat-dekat nak PRU 13 ni, makin rancaklah nampaknya persada politik tanah air! Sesiapa yang belum daftar mengundi tu silakanlah daftar cepat-cepat. 

Kejadian buang anak. Ini lagi panas. Yang memalukan dan mengejutkan ialah perbuatan tidak berperikemanusiaan ini dimonopoli oleh orang Melayu. Kalau kita kata Melayu, maka sudah pastilah beragama Islam. Kenapa sampai jadi begini? Sudah hilang rasa takut pada tuhan dalam diri mereka hingga tergamak untuk membunuh bayi yang tidak berdosa. Sedihnya bila mengenangkan mereka yang terjebak dalam perbuatan ini, rata-ratanya sebaya sahaja dengan saya. Masih di awal 20-an. Baru lagi mengenal dunia. Tapi terjebak dan hanyut dengan godaan nafsu. Pernah juga terasa bosan membaca akhbar online bilamana berita yang dipaparkan setiap hari adalah mengenai kes pembuangan bayi. Tapi itu adalah realiti sekarang. Realiti Malaysia sudah kembali ke zaman jahilliyyah. 

 Kemudian muncul pula musim bunuh membunuh. Anehnya tragedi ini terjadi di bulan puasa. Syaitan dah di rantai. Tapi kenapa masih lagi ada yang bertindak melampaui batasan akal hingga sanggup membunuh anak dan isteri sendiri? Itulah bahana terlalu menurut hawa nafsu. Bila yang memacu akal adalah nafsu dan bukannya Iman, maka itulah akibatnya. 

Apa nak jadilah dengan negara yang satu ini. Takkan selesai masalah kalau setakat mengeluh dan menuding jari sahaja. Rasanya boleh dipuji tindakan kerajaan yang menyabitkan hukuman mati kepada mereka yang membunuh bayi mereka sendiri. Tapi masih ada solusi yang lebih berkesan. Kembali semula pada syariat Islam yang sebenar. Kita rujuk kembali barisan ulama' yang berwibawa. Bukannya kita tidak ada ulama' yang mampu membimbing. Cuma masalahnya pandangan mereka tidak diambil kira. Suara nasihat mereka di biar sepi. Saranan saya kepada pemerintah negara, berubahlah! ( dengan kuasa  undi ditangan kita semua, kita boleh merubahnya ) Berubah  bukan sahaja dari segi perundangan dan pemerintahan, tapi juga dari segi pelaksanaan. Tidak terhad kepada pemimpin sahaja, tetapi seharusnya bermula dari peringkat asas iaitu diri kita sendiri. Kita yang membentuk komuniti dalam negara kita. Bila ada kefahaman dan penghayatan agama dalam jiwa masing-masing, sudah tentulah perkara-perkara yang memalukan dan jelas bertentangan dengan suruhan Allah akan dijauhi. Peranan setiap individu itu penting, bahkan sangat penting. 

Kalau tidak mampu untuk merubah dunia, Ubahlah negara dahulu.

Kalau tidak mampu untuk merubah seluruh negara, Ubahlah negeri dahulu.

Kalau tidak mampu untuk merubah seluruh negeri, Ubahlah daerah dahulu.

Kalau tidak mampu untuk merubah seluruh daerah, Ubahlah kampung dahulu.

Kalau tidak mampu untuk merubah seluruh kampung, Ubahlah keluarga dahulu.

Kalau tidak mampu untuk merubah seluruh keluarga, Ubahlah diri dahulu.

Sekecil-kecil perubahan yang kita lakukan dalam diri pasti akan mendatangkan kesannya kepada persekitaran kita. Jujur saya katakan, saya takut untuk pulang. Tapi saya mesti pulang juga akhirnya ke Malaysia. Keluarga dan tanggungjawab saya berada disana. Cuma harapnya pulang atau beradanya kita di Malaysia bukan sekadar keberadaan dan kewujudan sia-sia. Tanggungjawab kita adalah untuk merubah negara kita supaya menjadi lebih baik.  

Related Posts with Thumbnails