jom exchange link

Tuesday, August 24, 2010

grand Iftar Jama'e bersama Gamaah.


 Assalamualaikum w.w.b...

Alhamdulillah. Sedar tak sedar sudah hampir berbaki separuh ramadan kita lalui. Ok. Bagaimana ramadan anda semua? Sudah check kembali semua target? Adakah sudah tercapai atau masih lagi dalam pelaksaan? Kalau masih dilaksanakan, alhamdulillah. Semoga terus istiqamah dan berterusan dalam mencapai redhaNYA. Itu yang kita semua mahukan.

Sebenarnya mahu bercerita mengenai iftaryang diadakan oleh pihak Fakulti Perubatan Gamaah Mansurah khas untuk meraikan Pelajar Malaysia menyambut ramadan di Mesir ini. Terima kasih daun keladi! Kami sangat mengalu-alukan majlis sebegini. Makan percuma, siapa yang tak mahu.  Maka dengan semangat waja dan jiwa yang kental, kami mula ke tempat iftar yang terletak di pinggiran sungai Nil yang indah permai.
Tak jalan kaki, naik teksi saja. Bayar 2 genih, terus sampai. Tapi rupanya kena jalan dalam 200 langkah sebab Amu teksi tak mahu pusing ke tempat yang kami nyatakan. Rupa-rupanya itu yang dibebelkan Amu tersebut bilamana kami mula masuk kedalam teksi. Ma'alisyh la Amu, kureng faham..hehehe...

Maka berjalan kakilah kami rombongan Imarah 71 ke Nadi Gaziratul War yakni tempat majlis berlangsung. Dalam tentatif katanya pendaftaran bermula pukul 5 petang, tapi kami sampai pukul 6.15 petang. Tak lewat sebab majlis bermula bila azan maghrib berkumandang. Namanya pun dah majlis berbuka puasakan.


Inilah pintu masuk ke Nadi GAziratul Ward. Didalamnya terdapat taman yang besar dan cantik dilihat pada waktu malam sahaja ( Mesir sangat fotogenik pada waktu malam ). Ada juga kolam renang yang dikhaskan untuk mereka yang pandai berenang sahaja. Tak pandai sila tengok je. Ada juga bangku-bangku untuk melepak bersama keluarga dan sahabat handai. Disamping itu juga, ia mempunyai dewan besar yang boleh digunakan untuk pelbagai acara dan majlis seperti majlis berbuka untuk kami pelajar Malaysia.



Maka, bilamana destinasi yang dituju sudah ditemui, maka kami pun duduklah diam di meja sambil menunggu azan maghrib dilaungkan. Makanan depan mata pun boleh tahan. Makanan arab lah. Dah yang menjamu kami makan orang arab. Tak kisahlah arab ataupun melayu, yang penting makan free! betul tak?...hehehehe..

Menyempatkan tangan meng'snap' beberapa keping gambar makanan yang dihidang untuk dihidangkan kembali di blog terchenta. Jemput jamu selera tengok gambar jelah ye.. (^_^)


 Aneka juadah seperti ulam lada benggali, timun pahit dan tomato?


 Jeruk buah zaitun, timun, karot, bawang dan lada hijau.
Lazimnya jeruk ini dimakan bersama-sama dengan to'miyyah bi sandwich.


 Kacang kuda masak apa entah .
Dimakan bersama dengan isyh.


Main course ni. 
Nasi yang rasanya sama macam pulut kuning. ( beras arab ni kandungan kanjinya tinggi)
Dihidangkan bersama dengan ayam bakar, daging bakar dan kofta.
Ada juga semangkuk sup, tapi lupa pulak nak ambil gambar sup tu.
Sepinggan hidangan ni sangat banyak. 
Makan sikit pun dah kenyang, dan memang semua kat meja kami tak habis makan sebab dah kekenyangan.
Apapen, Alhamdulillah. rezeki hari ni kan.

Ada jugak disediakan Air strawberi yang sangat sedap!
Minum sekali memang sure-sure nak tambah lagi.


Yang ni pulak, saya tak tahu apa nama dia. 
Tapi macam apa ye?...kita orang bantai cicah dengan kofta.
layan jelah asal boleh makan.


roti isyh yang macam capati kot?
dimakan bersama dengan kacang kuda tadi.
roti isyh ni antara makanan rugi orang arab mesir selain daripada nasi.


 Ni pulak dessert.
Serius saya tak tahu nama dia apa. 
Kalau pergi beli kat kedai pun selalunya main terus tunjuk je.
Kedua-duanya sangat manis ( lebih kurang macam sira tahap kemanisannya) dan sangat sedap ok.
Yang atas tu adalah campuran antara kelapa parut, badam, kismis dan buah pala.
Manakala yang kat bawah tu rasanya macam kulit creampuff tapi bezanya takde inti tapi direndam dalam air gula. 

*************************************************

Selesai acara berbuka puasa. Dah kenyang maka sampailah kewajipan untuk solat Maghrib.
Alhamdulillah, berpeluang untuk solat di Masjid yang berhampiran. Selama ini, cuma berkesempatan untuk melihat dari luar sahaja masjid ini.

 Perasan tak ada kerusi yang disusun menghadap kearah kiblat?
Ini adalah suasana biasa dalam masjid-masjid mesir. 
Kerusi-kerusi ini disediakan khas untuk warga emas yang tidak mampu untuk solat dalam keadaan berdiri.
Sangat memudahkan dan membantu mereka dalam menunaikan ibadat.


**********************************************************************

 sempat lagi bergambar di perkarangan masjid sebaik sahaja selesai solat.
bak kata orang, buat kenang-kenangan.


************************************************
Dalam suka-suka berbuka free, adalah juga tragedi ogos yang berlaku.
Sepatu salah seorang sahabat dah hilang entah kemana. 
Mungkin ada mek-mek arab yang terambil buat selipar surau pergi ambil wuduk.
Maka berkaki ayamlah sahabat kita pulang kerumah.
Takpelah, dah takde rezeki kan.
Jadi sindelelah lah dia kejap malam ni.




Sekian sudah laporan saya untuk kali ini. Ewah-ewah...
Niat puasa untuk esok jangan dilupa!

Related Posts with Thumbnails