assalamualaikum w.w.b...
Hanya untuk kawasan yang sama waktu dengannya. Harap maaf, Malaysia tak masuk list ya!
Sudah masuk hari ke 7 ramadan. Tapi masih belum terlambat untuk kita update kembali waktu berbuka puasa dan juga waktu subuh. Oppss...tak terkecuali juga waktu-waktu solat yang lain seperti zohor, asar dan juga isyak. Jangan buat-buat lupa pula ya!
Berpuasa di musim panas ni banyak kelebihannya. Namun dugaannya pun sama banyak juga. Bayangkanlah, dalam keadaan yang panas terik, maka tubuh akan mengeluarkan peluh dengan banyak. Maka, bukankah ini satu senaman untuk kelenjar peluh anda? hehehe...bergurau je.. Baguslah, banyak peluh yang keluar. Salah satu mekanisme untuk menyejukkan badan.
Selain daripada itu, kelebihan yang lain adalah, kita akan mengurangkan dengan serta merta sebarang aktiviti di luar rumah. Kenapa? Sebab tak tahan panas. Secara tidak langsung, dapatlah kita menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang boleh menguruskan pahala puasa seperti minah arab yang cun ataupun mamat arab yang hansem (perumpamaan sahaja ya) Masa yang terluang dapatlah diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat seperti membaca al-quran ataupun berzikir. Kan dah bagus tu.
Tapi janganlah pula masa terluang itu digunakan untuk menonton filem atau cerita yang tidak sepatutnya.
Ramadan datangnya cuma sekali sahaja dalam setahun. Andai kata tahun ini kita mampu meraikannya, namun tahun hadapan belum tentu kita berkesempatan untuk bertemu dengannya.
Dugaan berpuasa dimusim panas pula, tubuh cepat sahaja menjadi letih. Al-maklumlah, panaslah katakan.
Lagi apa ya...huhuhu...tambah sendirilah ye. Tak banyak bezanya Mesir dan Malaysia panasnya. Cuma disini lebih berbahang sahaja dan disini tiada Bazar Ramadan! Kenapa? Kerana ramadan bukan bulan untuk meraikan juadah berbuka beraneka jenis, tetapi ia adalah bulan untuk meningkatkan amal ibadat sebanyak yang mungkin.
******** sedikit info mengenai ramadan di sini.
- Jalan-jalan terutamanya lorong kediaman akan digantung dengan bendera kecil yang berbagai corak dan warna. Sangat meriah!
- Pelajar Malaysia terutamanya pelajar lelaki gemar berbuka puasa di masjid yang menyediakan juadah berbuka.

masjid putih yang terletak di tengah-tengah bandar Mansoura
- Pelajar perempuan lebih digalakkan solat terawih secara berjemaah di rumah berbanding di masjid atas sebab keselamatan.
- Kedai-kedai akan ditutup seawal jam 5.30 petang dan akan beroperasi semula selepas iftar.
Itu sahaja dari saya. Sekian terima kasih!


