jom exchange link

Friday, August 13, 2010

Edisi ketuk-ketuk kuali dan periuk

Assalamualaikum .w.w.b...

Edisi ketuk-ketuk kuali dan periuk bersempena waktu untuk berbuka puasa.
Lain suasananya berpuasa di tempat orang tanpa keluarga. Ok, ini hakikat dan realiti. Bukan dongengan.
Berbuka pun cukup dengan sekadar apa yang ada. Tak boleh nak harapkan yang lebih-lebih. Banyak yang tiada disini. Akok tiada. Nekbat tiada. Yang banyaknya cuma tamar hindi. Hehehe...

Teringat dahulu pernah mencari-cari resepi kuih yang menggunakan tepung beras di internet. Selain daripada apam, tepung beras juga boleh digunakan untuk membuat kuih bingka bengkang bakar, kuih boko talam dan banyak lah lagi agaknya. Kenapa tepung beras? Sebab disini saya masih belum jumpa kedai yang menjual tepung pulut untuk membuat kuih butir nangko biji nangka ataupun puteri mandi. Lagipun tekak terasa nak makan kuih orang-orang lama ni.

Kalau dulu, nenek akan menunggu saya pulang bercuti hujung minggu untuk membuat kuih-kuih lama seperti seri kaya, lompat tikam, kuih ayu, tepung pelita dan macam-macam lagi. Kiranya sempat jugalah belajar macam mana nak buat semua tu, tapi kalau disuruh buat sekarang ni saya jamin tak menjadi semuanya. Ilmu yang tanpa amal dan latihan mudah sahaja luput dari ingatan. Betulkan?

Berbalik kepada kisah tepung beras, maka saya dengan rasa mengidamnya telah mencuba untuk membuat kuih bingka beras. Harapnya menjadilah. Kalaupun tak menjadi, telan jelah.

Mudah sahaja caranya : ini adalah resepi asalnya, tetapi saya telah ubah mengikut citarasa saya.

bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  1. 1 cawan setengah tepung beras
  2. 500 ml air
  3. 2 cawan gula pasir
  4. sedikit garam
  5. 2 peket santan segera
  6. 1 cawan susu segar
  7. sedikit pewarna kuning telur
Kaedah penyediaannya pula :

  1. campurkan air, gula, garam, santan segera, susu segar, pewarna kuning telur dan kacau sehingga semuanya sebati
  2. panaskan di atas api sehingga ianya menjadi agak kental dan nampak berkilat.
  3. setelah itu, masukkan adunan tadi kedalam loyang yang telah di sapu dengan minyak
  4. bakar dalam oven selama 1 jam


sebelum dimasak dalam oven.


akhir sekali sejukkan dan sedia untuk dimakan!
sangat mudah! terutamanya untuk mereka yang tiada masa macam saya. huhuhu....auta semata-mata.

Kalau mengikut resepi asalnya, sepatutnya saya kena guna gula melaka untuk menghasilkan warna coklat, tapi disebabkan saya tiada sumber gula melaka, maka saya guna pewarna kuning telur. Sekurang-kurangnya ada la juga warna kuning kan?

Perasa vanilla pula untuk menggantikan haruman daun pandan. Bau vanilla best apa?

Susu segar tu pula, saja-saja nak letak. Nak rasa best tak santan campur dengan susu.

Jadinya, bingka beras vanila susu berlemak santan.



bingka beras vanila susu berlemak santan
saya tambahkan dengan puding vanilla cair di atasnya...
bagi saya memang sedap sbb bingka tu saya buat tak manis sangat
jadi bila digandingkan dengan puding vanilla yang manis, meletup dalam mulut!

***********************************************

sudah masuk hari ketiga berpuasa disini.

sabarlah duhai hati!
stress sangat duduk diam-diam!

******* semoga keluarga di mesia semuanya baik-baik.
******* semoga nenek saya diberikan kesembuhan oleh Allah
******* semoga saya diberikan kesabaran dan kekuatan dalam ramadan ini.

=====> semoga kita semua mendapat rahmat dalam bulan yang mulia ini! Ingat, ramadan bukan bulan makan semata-mata!



Related Posts with Thumbnails