assalamualaikum w.w.b...
dah telefon mak? dah telefon ayah?
apa khabar mak hari ini? apa khabar ayah hari ini?
sihatkah mak hari ini? sihatkah ayah hari ini?
apa khabar mak hari ini? apa khabar ayah hari ini?
sihatkah mak hari ini? sihatkah ayah hari ini?
Tiba-tiba terkenangkan ayah dan mama di rumah. Saat orang lain bersama mereka, saya masih disini. Menghabiskan perjuangan yang masih belum tamat. Penghubung kami cuma talian telefon internet. Itu pilihan yang paling murah dan menjimatkan buat yang masih bergelar pelajar seperti saya.
Mahu berkongsi sebuah lagu yang cukup syahdu. Kerana lagu ini jugalah, saya pernah menyorok di bawah almari perhiasan di rumah nenek ketika kecil dahulu gara-gara sedih dan menangis membayangkan andai hidup di dunia tidak beribu dan berayah. Menangis teresak-esak gara-gara sebuah filem lama lakonan Sudirman di TV1 yang berkisar tentang adik-beradik miskin yang kehilangan ibu mereka gara-gara tertikam pisau menoreh getah dan ditinggalkan ayah yang maut dilanggar lori ( rasanya beginilah jalan ceritanya secara kasar, sudah lupa apa tajuk ceritanya...ada yang tau?)
Buat yang masih punya kedua-duanya, hormatilah mereka. Sayangilah mereka. Doakanlah mereka moga selamat di dunia dan akhirat. Jika mereka telah tiada, moga tidak putus bekalan doa kita kirimkan buat kedua orang tua kita. Doa dari anak yang soleh itu sudah pasti akan sampai kepada mereka . InsyaAllah.
Maka menjelang ramadan yang bakal menjelang tiba ini, rajin-rajinlah menyedekah bacaan al-quran buat mereka yang telah berada di alam sana.
Tanpa kedua ibu dan ayah, siapalah kita.
Tanpa kedua ibu dan ayah, siapalah kita.
Andai masih punya keduanya, jangan lupa untuk sentiasa menelefon bertanya khabar andai kata kita tidak lagi tinggal bersama dengan ibu bapa. Bukan wang ringgit yang mereka harapkan melainkan secebis ingatan ikhlas dari si anak buat kedua orang tuanya. Mungkin mereka tidak pernah menyuruh kita menghubungi mereka setiap hari, tapi sekurang-kurangnya seminggu sekali sudah memadai. Andai kata mampu menelefon buayafriend boyfriend atau gelifriend girlfriend setiap hari, maka sudah tentu kita lebih dari mampu untuk menghubungi orang yang telah bersusah payah untuk membesarkan dan mendidik kita setiap hari juga. Betul tak?
Ayah dan ibu itulah permulaan kita semua.
Kerana merekalah, kita diberikan peluang oleh Allah untuk melihat segala kebesaran ciptaanNYA.
Maka, sudah menjadi kewajipan bagi kita yang bergelar anak untuk menghormati dan mengasihi mereka.
Tanggungjawab Anak Terhadap Kedua Ibubapa
1. Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
2. Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama.
3. Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.
4. Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya atau berlaku biadap.
5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.
6. Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.
7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.
8. Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.
9. Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dancuba untuk menggembirakan hati mereka.
10. Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.
11. Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya.
13. Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan sekadar kemampuan.
14. Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.
15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.
16. Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
17. Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.
18. Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.
19. Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya.
21. Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.
satu lagi video untuk dihayati =======>
maka, akhir sekali tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai anak dengan segera dan dengan seikhlas yang mungkin!
soalnya, dah telefon mak ayah belum hari ni? sihat atau tidak mereka hari ini?
kalau belum, maka cepat-cepatlah call ya! jangan lupa juga untuk doakan mereka setiap kali selepas solat!
wassalam.

